Akaun Saham

3 JENIS AKAUN SAHAM YANG WAJIB ANDA TAHU

Terdapat 3 jenis akaun cds (center depository service) iaitu akaun tunai (cash account), akaun contra ( collacteral) dan akaun margin (margin account).

Jenis akaun ini juga sebenarnya sangat memberi impak kepada pedagang lain untuk membuat keputusan mereka sebelum membeli sesuatu kaunter.

  1. Akaun tunai ialah akaun daripada duit pendagang sendiri atau duit simpanan. Contohnya anda masukkan Rm 1 ribu ke akaun anda, maka anda hanya boleh berjual beli menggunakan jumlah itu sahaja. Akaun jenis ini sangat sesuai bagi pelabur baru kerana kerugian yang akan ditanggung adalah dari modal anda sendiri. 
  1. Akaun Contra pula anda boleh menggunakan modal yang dipinjamkan dari pihak broker untuk menjual beli saham. Kebiasaannya broker akan memberi nisbah 3:1 kepada akaun contra

Sebagai contoh, bila anda mempunyai modal Rm 1 ribu didalam akaun cds, anda dapat menggunakan Rm 3 ribu dengan nisbah 3:1  dalam pembelian saham. Tetapi hanya dalam tempoh T2 sahaja. Sekiranya baki contra sebanyak Rm 2 ribu tidak dijelaskan pada T2, maka broker akan membuat jualan (force selling) pada T3 sama ada untung ataupun rugi. 

Kebiasaannya akaun ini digunakan untuk pendagang harian yang mahir dengan Teknik intraday/contra dan sangat tidak sesuai bagi pelabur yang baru menceburi bidang saham.

(penjelasan mengenai T1,T2,T3 dan T4 kami akan berikan didalam Ebook percuma jika anda membuka akaun Cds dengan Mulasaham)

  1. Manakala akaun Margin pula hampir sama dengan konsep akaun contra, tetapi bezanya pada jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding akaun contra

Akaun ini tiada sebarang nisbah tetapi bergantung pada latar belakang pelabur itu sendiri. Konsep penjelasan masih sama seperti akaun contra, iaitu menjelaskan baki pinjaman pada T2. 

Itulah 3 jenis akaun cds yang berdagang di dalam pasaran bursa setiap hari.