5 TIPS PENTING UNTUK BERJAYA DALAM DUNIA SAHAM

Hujung ceritanya kita semua mahukan sumber pendapatan yang stabil.

Keuntungan dalam berdagang adalah impian semua orang, tetapi apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah prinsip dalam dunia saham.

Apabila memasuki dunia saham kita perlu ingat, kerugian itu pasti tetapi kerugian itu boleh dikurangkan jika kita mempunyai ilmu yang baik. Tidak ada perniagaan yang tidak mempunyai kerugian. betul bukan?

Di sini kami kongsikan 5 perkara penting yang perlu lakukan jika ingin kekal relevan dalam dunia saham yang sangat mencabar ini.

  1. PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan amat penting sebelum melabur, pastikan bukan semua modal kita terus masuk dalam akaun CDS. Asingkan sebahagian modal kita sebagai dana kecemasan dan simpanan. Semak dan seimbangkan prestasi kewangan kita sebelum melabur. 

Jika kali pertama, gunakan duit lebihan untuk melabur dan bukan duit utama kita, supaya dapat melabur dalam keadaan emosi yang stabil dan tidak tergesa-gesa. Kerana kita tidak akan rasa menyesal bila duit itu hangus atau tidak berjaya. Modal yang perlu dilaburkan adalah modal yang memang kita tidak kisah jika rugi.

Bagi pelabur baru, kami cadangkan anda bermula dengan RM500 atau kurang untuk anda mahir dengan teknik yang telah kita pelajari. Jangan sesekali terus menggunakan modal yang besar. 

Guru kami pernah berpesan, jika ingin berjaya dalam dunia saham, gunakan modal yang sikit dahulu sehingga kita mahir dengan segala teknik dan mendapat pengalaman serta keyakinan yang cukup. Kerana pengalaman amat penting dalam dunia saham.

  1. RANCANGAN DALAM JUAL BELI

Antara istilah yang biasa digunakan adalah trading plan merupakan perkara asas dalam jual beli saham. Maksudnya kita perlu tahu kenapa beli saham syarikat itu, berapa harga yang untuk beli, berapa harga yang perlu jual atau istilah dalam saham digunakan sebagai entry price (EP), target price (TP) dan cut lose (CL).

Disamping itu, tidak mempunyai trading plan yang betul atau mengharapkan “buy call” semata mata adalah punca utama pelabur gagal atau sering rugi dalam jual beli saham.

“tekun merancang, merancang keuntungan!”

mulasaham.com
  1. DISIPLIN

Apabila sudah mempunyai trading plan yang betul, kita  wajib berdisplin dengan rancangan yang telah dibuat. Sebagai contoh kita telah membeli saham kemudian sampai pada target, maka kita perlu menjual saham tersebut tanpa mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku.

Kebanyakan pelabur gagal dalam displin seperti ambil untung terlalu cepat atau tidak jual apabila perlu. Ini terjadi kerana kita tidak yakin dengan trading plan yang telah dibuat dan menyebabkan kita sentiasa dalam keadaan rugi. 

  1. KAWALAN EMOSI

Emosi Ini berkait rapat dengan displin. Dalam pasaran saham, 50% dalam analisis adalah emosi. Jika gagal kawal emosi, akan menyebabkan kita tidak berdisplin dengan trading plan yang dibuat. 

Untuk bebas masalah emosi ini sebenarnya tidak mudah, kerana ada masa sesetengah orang yang mahir  juga tidak dapat kawal emosi dalam mengejar  harga. 

Nasihat kami, Sekiranya berada dalam keadaan yang serabut atau tergesa-gesa, lebih baik tidak membuat jual beli pada hari tersebut sehingga tenang. Kerana dalam keadaan serabut, kebarangkalian akan membuat keputusan yang salah ketika membuat pembelian atau penjualan saham adalah sangat tinggi. 

Berkaitan dengan emosi ini juga, kami nasihatkan elak daripada menggunakan duit belanja atau duit pinjaman, kerana kita akan melabur dalam keadaan takut dan tidak berdisplin dengan trading plan yang anda buat, lalu menyebabkan anda mengalami kerugian berbanding untung.

  1. TAWAKKAL

Sebagai seorang Muslim, tawakkal merupakan suatu perkara yang penting setelah anda berusaha mengikuti langkah-langkah diatas. Bersyukurlah dengan keuntungan dan redha dengan ketentuan-Nya. 

Inilah tips dan nasihat yang kami dapat simpulkan daripada kebanyakan pelabur yang telah berjaya. Semoga pembaca Mulasaham sentiasa mendapatkan keuntungan dan dijauhi daripada kerugian yang besar.

Adakah anda memerlukan support group yang eksklusif ?

Mulasaham bersedia untuk membimbing anda sehingga yakin dalam melakukan pembelian pertama dan seterusnya. Kerana, kami juga bermula seperti anda.

Membuka akaun CDS merupakan langkah terbaik untuk menjana pendapatan sampingan anda. Kami sentiasa komited untuk memberikan penjelasan tentang semua kemusykilan anda.

Buka dan jana pendapatan sekarang. Klik link ini >> Saya Mahu Jana Sekarang

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran hanya salinan IC, Penyata bank Bank (muka hadapan) dan RM11 sahaja.

Kami harap anda jelas serba sedikit dengan info yang telah kami kongsikan. Jika perlukan maklumat lebih lanjut kami gembira untuk berkongsi dengan anda secara personal. Boleh klik link ini untuk berhubung terus dengan admin Mulasaham.com >>> wa.me/601110396936