Right Issue

Right issue  merupakan salah satu cooprate exercise dengan bertujuan untuk dapatkan modal dari pelabur dengan tujuan lunaskan hutang ataupun kembangkan bisnes. Tetapi kebanyakan  company yang keluarkan right issu adalah bertujuan untuk lunaskan hutang kerana mengalami masalah kewangan disebabkan hutang yang tinggi ataupun pendapatan kurang. Itu sebab setiap company yang umum right issu, harga sahamnya akan mula jatuh sehingga ex datenya cuma ada juga company keluarkan right issue harga sahamnya naik sekiranya bertujuan untuk kembangkan pernigaan tetapi jarang sebab sekira company itu bagus akan mempunyai rezab tunai yang banyak untuk kembangkan perniagaan.

Apa yang penting dalam right issue adalah tarikh ex date, kiraan harganya serta  apa yang perlu buat sekira kita pegang saham company yang buat right issue sehingga exdate. Sekira company itu ada keluar right issu,  seperti contoh di atas, company ada umumkan right issue pada 21 april 2021. Apa maklumat penting yang kita perlu lihat adalah nisbah( ratio) right issue, samaada OR/PR,  ada warrant atau tidak sekira subscribe,  harga exercise right issue dan tarikh exdatenya yang boleh didapati di bursa malaysia.

Kesimpulan  saham TAWIN  memberi right issue 3:1 bermaksud setiap 1 unit saham tawin yang kita ada, kita akan dapat 3 unit OR sekira kita pegang saham TAWIN sehingga 5 May 2021. Dari segi tempoh pegangan tiadak dikira walaupu kita beli sebelum tarikh umum atau selepas tarikh umum ataupun beli  pada sehari sebelum exdate(4 May 2021) tetap akan dapat OR sekira kita tidak jual sehingga 5 May 2021 ( exdatenya). Sekira kita jual hari exdate (5 May 2021), kita tetap akan dapat unit OR kerana kita sudah pegang saham TAWIN sehingga exdatenya. Itu sebab kita nampak harga  waktu exdate buat gap down kerana harganya telah dinilai balik setelah exdatenya.

 Bahagian ini yang sangat penting kerana perlu buat kiraan harga yang akan dibuka pagi itu serta berapa jumlah OR yang akan dapat  tetapi anda semua bertuah kerana saya telah sediakan kalkulator untuk buat kiraannya.

Cara untuk mengira  harga yang akan buka pada pagi exdate serta nilai harga saham yang kita beli sebelum exdate. Contoh di atas adalah kaunter TAWIN yang ada umumkan right issue pada 21 April 2021.

Cara guna adalah seperti di atas. Di bahagian ratio untuk kotak pertama, kita masukkan jumlah right issue yang diberi iaitu 3 manakala di kotak sebelahnya kita masukan  nisbah saham tawin iaitu satu ( boleh lihat contoh di atas cara baca maklumat right issue).  Di bahagian harga saham, kita boleh letakkan harga saham kita beli dengan tujuan untuk mengetahui harga sebenar  saham kita pada exdatenya dan kita boleh gunakan harga saham yang tutup pada hari (4 May 2021) sebelum exdateNya untuk mengetahui harga yang akan dibuka pada hari exdatenya. Dengan ini, kita dapat mengetahui sama ada untung atau rugi  pada hari exdatenya. Tiadalah kita terasa yang kita terlalu banyak  rugi  atau terlalu sedikit untung. Ini kerana telah diimbangi dengan jumlah unit OR yang kita dapat. Setelah itu kita akan isikan jumlah lot yang dalam pegangan kita untuk mengetahui berapa jumlah OR yang kita dapat. Dan kotak terakhir kita akan isikan Harga Exercise Right untuk mengetahu nilai harga OR yang akan diniaga pada hari pertama disenarai di bursa dengan tujuan kita boleh jual lebih tinggi dari nilai  dalam keadaan untung (kebiasaan akan naik dalam 1 bid ke 2 bid). 3  lagi yang dibawah iaitu:

Harga sebenar exdate  : Ini adalah nilai harga atau harga yang dibuka pada hari exdatenya

Jumlah unit OR             : ini adalah jumlah OR yang kita akan dapat ( kebiasaan hari     kedua daripada      exdate, jumlah ini akan dimasukkan  kedalam cds masing)

Nilai Harga OR              : Ini adalah nilai harga sebenar bagi or yang kita dapat pada hari pertama disenaraikan. Sekira ingin untung, perlu jual lebih dari harga nilai ini.

Setelah kita buat kiraan, kita akan tahu apa tindakan seterusnya. Perlu diingat adalah setelah menddapat OR, apa tindakan kita seterusnya kerana unit OR ini cuma diniagakan selama 5 hari sahaja kerana tanpa apa2 tindakan dari kita, unit OR yang kita akan dapat ini akan burn atau hilang begitu sahaja dari akaun CDS kita ( Dinasihat tidak membeli saham ini walaupun murah kerana tempoh jual beli cuma 5 hari sahaja dan kebiasaan harga akan turun sehingga ke harga tiada pembeli. Untuk saham itu OR or tidak adalah dihujung nama saham tersebut akan diletakkan simbol “ – OR”). Disini  terdapat beberapa  tindakan  boleh dibuat sekira dapat OR:\

  1. Kita boleh biarkan begitu sahaja tanpa buat apa-apa
  2. Kita boleh terus jual pada berapa sahaja harga yang buka pada hari tersebut. Sekira boleh jual atas dari nilai harga OR, akan untung.
  3. Kita boleh subscribe OR ini dengan membayar (jumlah unit OR x harga right issue). Dengan subscribe ini kita akan dapat percuma warrant dan jumlah unit OR tersebut akan jadi  mother share (kebiasaan akan masuk  cds dalam tempoh 21 hari bekerja).

Itu antara pilihan tersebut yang perlu pilih berdasar berapa jumlah OR yang dapat. Sekira jumlah OR  dapat nilai keseluruhannya  kurang dari kos brokerage(rm8) lebih baik ambil pilihan 1 untuk biarkan dari tambah rugi lagi ataupun kita boleh pilih pilihan ke-3 untuk jadikan mother share. Sekira kita subscribe kita boleh ke    kiraan seterusnya untuk mengetahui berapa jumlah warrant yang kita dapat (sekira ditawar) serta berapa modal yang diperlukan untuk subscribe.  Sekira pihak register yang mengeluarkan OR adalah TRICOR, anda boleh buat bayaran secara online tetapi sekira pihak register selain dari itu, anda perlu ikut secara manual iaitu dengan membuat bank draf dan dihantar ke pejabat pihak register tersebut sama ada pos atau walk-in. Apa- apa pun perlu buat dengan cepat kerana tempoh yang diberi tidak lama (kebiasaan seminggu daripada  tarikh akhir  trading right issue). Untuk contoh saham TAWIN tiada warrant percuma bila subscribe right issue. Right issu TAWIN dikeluarkan oleh  pihak register Security Service (holding) sdn bhd bermaksud perlu buat secara manual dengan bank draf  serta issi borang yang disediakan  dan selepas itu perlu dihantar ke pejabatnya.

Contoh saham lain MTOUCHE yang ada buat right issue serta memberi warrant percuma. Maklumat yang boleh dapat dari new 20 Apr 2021 ialah :

MTOUCH keluarkan right issue 6:1 bermaksud, MTOUCH akan bagi 6 unit OR dengan harga exercise rm0.10 setiap 1 unit mother share MTOUCH yang dipegang sehingga exdateNya (4 May 2021) . Sekira ingin subscribe OR tersebut MTOUCH akan memberi warrant percuma dengan nisbah 3:6  bermaksud MTOUCH akan bagi 3 unit warrant D dengan subscribe 6 unit OR yang dapat tersebut. Dengan kalkulator right issue akan memberi jawapan berapa harga sebenar semasa ex date, jumla OR yang dapat, nilai harga OR bila disenarai di platform, jumlah modal yang diperlukan untuk subscribe OR serta jumlah warrant D yang akan dapat sekira subscribe. Mari lihat contoh di bawah:

Harga close pada 3 May 2021    :    0.275

Nisbah OR                                :     6:1

Execercise price OR                  :     0.1

Nisbah warrant                          :     3:6

Dari calculator tersebut kita boleh lihat harga yang buka pada tarikh exdate adalah 0.125. Jumlah OR yang akan dapat sebanyak 60000 unit (600 lot) sekira hold 100 lot saham MTOUCH sehingga exdateNya. Sekira ingin subscribe OR, perlu sediakan rm6000. Selepas itu, akan terima 600 lot saham mother MTOUCH serta warrant D (MTOUCH-WD) sebanyak 300 lot (30000 unit) ke dalam CDS dalam tempoh 21 hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kena banyak study dan kaji setiap kaunter yang buat right issue ditambah dengan mencuba beli sedikit lot untuk pengalaman (bukan untung) kerana ingin  merasa pengalaman membeli kaunter right issue sehingga subcribe dan dapat percuma warrant. Daripada pengalaman tersebut, anda akan nampak dimana boleh buat untung apabila subcribe or membeli kaunter yang buat right issue tersebut. Di sini saya memudahkan anda untuk menggunakan kalkulator untuk kegunaan  dalam mengira right issue yang telah diterang secara lebar di atas.

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll to Top