P/E ratio stand to price erning ataupun dalam bahasa melayu adalah nisbah harga pendapatan. P/E ratio merupakan nisbah paling terkenal dalam dunia pelaburan selain EPS. Sesiapa yang melabur dalam saham mengguna teknik fundamental analisis akan meninjau PE ratio.
PE ini mengambarkan hubungan antara harga saham dengan keuntungan syarikat dalam bentuk EPS(pernah dijelaskan sebelumnya). Sebagai contoh, kita buat pengiraan PE untuk saham NESTLE, harga saham ialah RM122.40 (harga semasa) dan EPS ialah 280.7 sen, Maka nisbah PE ialah : 12240/280.7 = 43.61
Ada cara untuk melihat PE ratio ialah membayangkan diri anda membeli kesemua saham sesebuah syarikat. Jika nisbah PE ratio 43.61 seperti di atas, maka anda memerlukan selama 43 tahun 6 bulan untuk pulang modal dengan syarat keuntungan syarikat tidak berubah dalam tempohnya.
Kalau dilihat dari kaedah ini, kemungkinan anda akan mencari PE yang rendah kerana PE yang rendah akan meningkatkan kepulangan modal dalam jangka pendek.
PE yang rendah adalah bagus kerana dengan menjangka harga saham meningkat menyebabkan PE rationya semakin meningkat disebabkan syarikat dapat mengekalkan atau meningkatkan keuntungan. Dengan pandangan ini,
Ada pandangan yang berpendapat lihat PE yang tinggi kerana akan menjangkakan keuntungan syarikat meningkat 2 kali pada tahun akan datang dan menyebabkan PE rationya akan berkurang. Ini kerana, PE yang tinggi menunjukkan prestasi syarikat yang bagus serta berkembang dengan pesat
Dengan huraian di atas, kita dapati sebenarnya PE ini kita tidak boleh lihat pada PE rendah atau pun PE tinggi dan tidak boleh membandingkan nilai sesuatu saham dengan melihat nisbah PE ratio sahaja tetapi perlu dibandingkan dengan saham yang lain dalam sektor yang sama ataupun bandaingkan dengan tahun2 sebelumnya.Â
PE ratio dalam julat 5 > PE < 30 adalah yang terbaik untuk kita lihat di pasaran malaysia tetapi bergantung pada setiap sektor
Kesimpulan yang boleh dibuat, EPS dan PE ratio adalah sangat penting dalam menentukan harga saham berpatutan untuk dibeli. Untuk membeli saham PE ratio yang rendah, pastikan syarikat tersebut tidak mengalami masalah dalam mengekalkan atau menigkatkan keuntungan keuntungan. Sekira ingin membeli saham PE ratio yang tinggi, anda perlu pastikan syarikat tersebut meningkatkan keuntungan dengan ketara pada masa akan datang supaya mampu memenuhi jangkakan tentang pertumbuhan pesat