Ringkasan Akaun M+Online

Kenapa Trust Account saya tak sama eh dengan Trading limit ?

Disini kami akan terangkan secara terperinci berkenaan account summary M+Online supaya anda sebagi pengguna M+online dapat explore dengan lebih mendalam. Jom kita belajar bersama.

Bagi pengguna broker lain kemungkinan tidak sama dengan dashboard M+Online.

  1. Trust Account

Jumlah duit yang terpapar disini menunjukkan keseluruhan duit yang boleh dikeluarkan tetapi kiraan disini cuma valid selepas 1 hari dari rest trade. Contohnya anda buat transaksi jual atau beli pada hari Isnin jadi, perlu rest trade pada hari Selasa manakala pada hari Rabu akan menunjukkan jumlah duit baki sebenar yang boleh dipindah ke dalam akaun bank.

  • Available Trading Limit

Jumlah duit yang terdapat dibahagian ini menunjukkan keseluruhan duit yang dibenarkan untuk membuat belian saham. Jumlah disini sentiasa dikemaskini setiap kali anda buat transaksi jual atau beli. Untuk cash account, disini merupakan part yang paling penting sebab untuk melihat berapa jumlah lot saham yang boleh dibeli.

  • Due for Forced Selling (>T+2)

Ini bahagian bagi contra account untuk lihat jumlah htang yang perlu diselesaikan sebelum force selling dari broker. Bahagian ini sangat penting untuk pengunna contra account tetapi bagi pengguna account shariah  atau cash account boleh abaikan.

  • Due for Settlement (T+2)

Jumlah duit yang dipapar disini menunjukkan jumlah duit yang belum dibayar broker kepada  bursa Malaysia tetatpi sudah ditolak dari available trading limit. Andai kata buat belian saham pada hari Isnin  sebanyak RM2000. Jumlah RM2000 akan dipaparkan di sini pada hari Rabu yang merupakan T+2. Nilainya akan dipaparkan 0 sekira masuk hari Khamis.

  • Remaining Purchase Contracts (T+1)

Konsep sama macam due for settlement cuma awal sehari selepas belian saham tersebut. Contoh buat belian saham sebanyak RM2000 pada hari Isnin, pada hari Selasa akan dipapar sebanyak RM2000 di bahagian sini kerana hari Selasa merupakan T+1 manakala hari berlaku beli iaitu Isnin adalah T+0.

  • Sales Proceeds Due (T+2)

Jumlah disini pula memaparkan nilai jualan saham pada hari ketiga atau T+2. Andaikata ada buat jualan saham sebanyak Rm1000 pada hari isnin. Jumlah RM1000 akan dipapar disini pada hari Rabu. Konsepnya sama dengan Due for Settlement cuma berbeza beli  or jual.

  • Remaining Sales Contracts (T+1)

Konsep sama sahaja macam due for settlement cuma awal sehari selepas jualan saham tersebut. Contoh buat jualan saham sebanyak RM5000 pada hari Isnin, pada hari Selasa akan dipapar sebanyak RM5000 di bahagian sini kerana hari Selasa merupakan T+1 manakala hari berlaku jual iaitu Isnin adalah T+0.

  • Contra Gains / Losses (net amount)

Jumlah disini merupakan hasil jual beli yang sama sama ada profit atau loss. Kiraan ini tidak termasuk jual beli  bagi yang hold saham lebih dari satu malam. Andai kata ada buat belian saham sebanyak RM2000 pada hari isnin dan pada hari isnin juga buat jualan saham yang sama sebanyak RM3000. Perbezaan jual beli tersebut menunjukkan profit RM1000 akan dipaparkan disini pada hari Selasa. Kebiasaan bahagian sini cuma untuk trader intraday.

Kesimpulan Penting

Bagi pengguna shariah account atau cash account, bahagian yang penting kena lihat adalah trust account dan available trading limit sahaja, bahagian lain adalah untuk paparan bagi pengguna contra akaun untuk mengelakkan daripada force selling. Harap dengan penjelasan tersebut dapat memahami fungsi akaun summary.

Mahu berdagang dengan ilmu premium ?

Jom buka akaun saham dengan kami.