6 KELEBIHAN MEMBUKA AKAUN SAHAM DENGAN KAMI

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda adalah apa itu akaun CDS ? dan bagaimana cara ingin membuka akaun cds? (link ada disediakan dibawah)

Kami tahu anda teruja untuk mendapatkan akaun cds pertama anda, jadi kami kongsikan apa yang anda perlu tahu. 

Sebelum itu kami berharap anda telah jelas berkaitan dengan maksud saham itu sendiri, kami telahpun kongsikan maksud saham dengan jelas dalam artikel yang lepas. (klik sini)

Dan apa yang menariknya dalam pelaburan saham ini, anda sendiri yang tentukan berapa peratus tahap keuntungan yang anda inginkan sama ada dalam sehari, seminggu, sebulan ataupun setahun mengikut kemahiran masing masing. 


Jadi, Langkah pertama untuk anda berjual beli dalam saham ini anda perlu mempunyai akaun CDS. 

CDS singkatan daripada Central Depository System iaitu akaun untuk jual beli saham di bursa Malaysia. 

Sebagai contoh anda ingin menyimpan wang simpanan atau gaji anda kedalam bank, apa yang anda perlu lakukan sebagai langkah pertama adalah membuka akaun bank. Jika anda ingin menunaikan ibadah haji pada masa akan datang, seharusnya anda membuka akaun tabung haji. (Jangan tanguh untuk membuka akaun tabung haji) 

Begitulah jika anda ingin berdagang dalam pasaran saham, maka anda perlu mempunyai akaun CDS.

Seperti yang anda maklum, akaun bank yang anda kenal seperti CIMB, MAYBANK, BANK ISLAM dan lain-lain semuanya berdaftar dibawah bank negara Malaysia. Sebagai peringatan dari kami, anda perlu memastikan peserta dagangan atau broker yang anda pilih itu mestilah berdaftar dengan Bursa Malaysia untuk mengelakkan dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 29 broker yang telah berdaftar dibawah bursa malaysia.

Senarai penuh disini : Senarai Peserta Dagangan

Mungkin kali pertama anda mendengar sebahagian dari senarai broker diatas. Kerana kebiasaanya orang ramai mendengar atau melihat hanya bank sahaja yang terlibat dalam pelaburan saham seperti maybank investment, cimb investment, rhb investment , bank islam investment dan sebagainya.

Jarang pula kita mendengar broker yang bukan berasaskan bank seperti Malacca Securities (M+Online), Kenanga Interpacific (Broker DDNK), Rakuten dan sebagainya.

Itulah sedikit sebanyak yang kami dapat kongsikan kepada anda dan kami berharap anda sudah jelas dengan maksud akaun CDS.

Untuk makluman anda, kami di Mulasaham.com menggunakan broker  Malacca Securities atau dikenali sebagai M+ Online. (broker yang pertama didalam senarai penuh keselurahan 29 broker yang anda baca tadi)

Antara kelebihan broker M+ ialah, caj brokerage paling rendah dan menyediakan kemudahan yang pelbagai untuk rakan dagang. 

Anda boleh bandingkan di sini: Perbandingan Caj Broker

Ejen berlesen atau lebih dikenali sebagai Remisier kami yang bernama Zuhaimie daripada M+ wangsa maju merupakan ejen yang berdaftar dibawah kelolaan bursa malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun berdagang di bursa malaysia.

Anda boleh semak di laman ini dengan memasukkan nama zuhaimie : Klik sini untuk semak

Sudah semak ? jom kita lihat apa yang menarik ingin kami tawarkan.

Sebagai tanda penghargaan dari kami kepada pembaca Mulasaham, kami menawarkan beberapa kelebihan jika anda membuka akaun cds bersama kami. 

Semua yang akan kami beri dengan percuma ini sebenarnya berharga ribuan ringgit, jika anda mencari diluar. Apa yang anda akan dapat (setelah selesai buka akaun CDS) ialah : 

  1. Ebook pelaburan asas saham.
  2. Video asas mengenali chart.
  3. Video advance pelbagai teknik. 
  4. Indicator VIP atau petunjuk arah yang lengkap mulasaham.
  5. Support group telegram.
  6. Online kelas secara percuma. (akan dimaklumkan dari masa ke semasa)

Jika ilmu yang anda bimbangkan, Mulasaham akan membimbing anda sehingga yakin untuk melakukan pembelian yang pertama. Kerana, kami juga bermula seperti anda.

Membuka akaun CDS merupakan langkah pertama untuk menjana pendapatan sampingan anda. 

Kami sentiasa bersedia untuk memberikan penjelasan kepada semua kemusykilan anda.

Anda berminat ? hanya perlu tekan link dibawah untuk mengisi borang dan pihak kami akan menguhubungi anda untuk tindakan selanjutnya. 

Buka dan jana pendapatan sekarang. Klik link ini >> Saya Mahu Jana Sekarang

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran hanya salinan IC, Penyata bank Bank (muka hadapan) dan RM11 sahaja.

Kami harap anda jelas serba sedikit dengan info yang telah kami kongsikan. Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut kami gembira untuk berkongsi dengan anda secara personal. Boleh klik link ini untuk berhubung terus dengan admin Mulasaham.com klik lini ini wa.me/601110396936