APA ITU IPO ? KENAPA RAMAI YANG KEJAR ?

Mungkin anda biasa dengar perkataan IPO atau rakan anda pernah mengajak anda untuk membeli IPO.

Kali ini kami akan ringkaskan kepada anda apakah yang dimaksudkan dengan IPO.

IPO (Initial Public Offering) atau dalam Bahasa melayu disebutkan sebagai tawaran awam awal (TAA). IPO merupakan salah satu cara untuk syarikat  mendapatkan modal dalam mengembangkan lagi perniagaan atau membayar hutang syarikat. Ia dikategorikan didalam “corporate exersice“.

Kebiasaannya mana-mana syarikat “berhad” yang ingin mendapatkan modal yang cukup untuk mengembangkan perniagaan, mereka akan menawarkan sebahagian saham syarikat  kepada orang ramai melalui Bursa Malaysia.

Sebelum syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia untuk kali pertama, itulah yang dipanggil sebagai IPO atau TAA tadi. 

Ada empat cara syarikat boleh menawarkan IPO. Melalui pink, private placement, Miti dan juga melalui bank yang terpilih. Melalui pink adalah tawaran IPO kepada pekerja syarikat yang melaksanakan IPO. Kebiasaan jumlahnya ditentukan ranking perkerjaan dan juga KPInya. Selain itu IPO juga boleh membeli IPO secara private placement iaitu tawaran kepada syarikat sdn bhd, yayasan, koperasi atau wealthy individuals, kerana sekurang-kurangnya perlu membeli 1 blok bersamaan dengan Rm250,000 atau 1 juta unit bagi mendapatkan IPO tersebut.

Bagi pedagang yang bermodal kecil, masih boleh mendapatkan IPO ini melalui Miti (untuk bumiputra) ataupun melalui bank mengikut kemampuan masing-masing.  

Antara IPO yang baru untuk tahun ini adalah VOLCANO, FLEXIDYNAMIC, TELADAN, MOBILIA DAN HPP. Jika kita bukan orang yang terlibat dengan dunia saham mungkin kita tidak pernah dengar atau melihat syarikat-syarikat tersebut.

Tetapi ada juga syarikat yang selalu kita dengar dan mungkin selalu kita berbelanja sakan di kedai mereka seperti syarikat MR DIY.

MR DIY telah menawarkan IPO pada hujung tahun yang lalu (untung siapa dapat) untuk mendapatkan modal bagi membesarkan cawangan mereka. Dengan modal tersebut MR DIY bercadang untuk menambahkan 500 buah cawangan baru diseluruh negara.

Andai kita memiliki sebahagian dari IPO MR DIY itu, maka kita dikira sebagai rakan kongsi syarikat tersebut walaupun dengan kita memilik hanya 1 lot sahaja.

Bahkan kita boleh meraih pulangan tahunan atau dividen serta boleh bersama dalam mesyuarat agung tahunan mereka untuk menyuarakan pendapat atau membahaskan perkara yang berbangkit. Hebat bukan ?  

Selain itu, kita juga boleh mengambil keuntungan jangka pendek jika kita menjual pada hari pertama yang disenaraikan di bursa, kerana kebiasaannya harga IPO pada hari itu akan melambung tinggi (boleh rujuk rekod IPO seblum ini) dan inilah cara yang dicadangkan oleh kami.

Untuk masa akan datang, masih banyak syarikat yang ingin disenaraikan melalui IPO ini seperti UMOBILE, FARMFRESH, TERLAJAK LARIS, KFC dan lain-lain.

Walaupun kita tidak berminat ataupun tidak ingin mengambil risiko yang besar dalam pelaburan saham, namun kita boleh katakan melabur melalui IPO mempunyai kadar risiko yang agak rendah walaupun sukar untuk memperolehinya.

Berminat lebih lanjut untuk mendapatkan IPO? Anda hanya perlu membuka akaun cds dengan kami. 

Jika ilmu yang anda bimbangkan, Mulasaham akan membimbing anda sehingga yakin untuk melakukan pembelian yang pertama. Kerana, kami juga bermula seperti anda.

Membuka akaun CDS merupakan langkah pertama untuk menjana pendapatan sampingan anda. 

Kami sentiasa bersedia untuk memberikan penjelasan kepada semua kemusykilan anda. Buka dan jana pendapatan sekarang. Klik link ini >> Saya Mahu Jana Sekarang

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran hanya salinan IC, Penyata bank Bank (muka hadapan) dan RM11 sahaja.

Kami harap anda jelas serba sedikit dengan info yang telah kami kongsikan. Jika anda perlukan maklumat lebih lanjut kami gembira untuk berkongsi dengan anda secara personal. Boleh klik link ini untuk berhubung terus dengan admin Mulasaham.com klik lini ini wa.me/601110396936