Apa Itu Saham

Kita banyak dengar perkataan saham dalam pelbagai bentuk seperti saham akhirat, saham dosa, saham pahala, saham perniagaan, saham pelaburan dan pelbagai jenis saham. Saham yang ingin dibincagkan adalah saham pelaburan yang diniaga di bursa saham malaysia.

Dari segi maksud saham ialah pemilikan atau rakankongsi atau syer bahagian dalam sesuatu sama ada banyak atau sedikit. Tetapi dalam pelaburan, maksud saham itu adalah pemilik kepada sesebuah syarikat tersebut sama ada dalam bahagian pecahan yang banyak atau sedikit.

Sekira kita memiliki bahagian saham  100% dalam sesebuah syarikat dari keseluruhan, kita adalah pemilik tunggal syarikat tersebut tetapi sekira kita ada rakankongsi kemungkinan kita ada berbahagi bahagian saham kepada rakankongsi sama ada kita banyak atau sama rata ataupun sedikit.

Wujudnya pelaburan saham bermula dengan syarikat disenarai di bursa malaysia. Untuk pengetahuan semua, syarikat yang berada dalam senarai bursa saham bermula dengan pernigaan yang kecil. Contohnya saham MR DIY yang bermula dari sebuah kedai hardware sehingga terdapat banyak cawangan di selurah Malaysia serta disenaraikan di bursa malaysia.

Dalam bentuk ringkas, seorang pemuda bernama Abu berniaga burger  dengan bermulanya modal sebnyak RM1000 di sebuah kampung. Pada ketika itu, Abu cuma jual burger dengan gerai yang kecil tanpa ada sediakan kerusi meja untuk orang ramai, cuma disediakan burger secara bungkus. Abu pun mula menawar separuh pemilikan (saham) gerai burger kepada rakannya Ali dengan syarat menyediakan modal sebanyak rm1000 supaya dengan modal tersebut dapat menyediakan tempat makan burger seperti kerusi dan payung. Dengan itu, pemilikan gerai burger tersebut telah bahagi kepada 2 bahagian iaitu 50% untuk Abu dan 50% untuk Ali. 

 

Mereka pun berniaga bersama sehingga menjadi lebih laris dan maju. Dengan itu Ali dan Abu telah membuat keputusan untuk membuat pinjaman bank bagi membesarkan gerai burger tersebut dengan membuka gerai burger tersebut dalam bangunan serta menambah pekerja . 

Selepas beberapa tahun, kedai burger tersebut mendapat permintaan yang tinggi dari seluruh warga malaysia sehingga Abu dan Ali terlintas dalam fikiran untuk buka banyak cawangan di seluruh negeri supaya dapat menampung permintaan tersebut.Pada ketika ini, bank tidak dapat memberi pinjaman kerana jumlah yang diingini terlalu besar. Bank tersebut telah nasihat Abu dan Ali untuk melepasi separuh pemilikan(saham) mereka di bursa untuk mendapat modal yang lebih besar sesuai dengan keinginan Abu dan Ali.

 Dengan penuhi syarat-syarat bursa, dapatlah pernigaan Abu dan Ali disenaraikan di bursa pertama kali melalui IPO. Dan ketika itu, Abu dan Ali telah berkongsi perniagaan burger dengan ramai pelabur yang membeli IPO dan pada waktu yang sama Abu dan Ali telah dapat modal dari pelabur melalui penjualan IPO untuk buka banyak cawangan diseluruh negeri.

Pada ketika ini, harga saham perniagaan burger tersebut akan di pengaruhi dengan perkembangan perniagaan burger serta spekulasi orang ramai di pasaran saham.

 

Apa yang kita boleh simpul dari kisah tersebut adalah perjalanan saham sesebuah syarikat yang berkongsi dengan orang ramai. Secara mudah kita boleh jadi sebahagian pemilikan syarikat tersebut tanpa perlu bermula dari awal tetapi dengan memiliki sebahagian saham syarikat tersebut.

Bagi yang ingin mula pelaburan saham di Bursa Malaysia, boleh hubungi admin. 

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll to Top