CANSLIM!!!!

Canslim merupakan saLah satu teknik yang dipelopori oleh William J.O’Neil sejak abad 19 lagi. Teknik yang diguna ini lebih kepada fundemental dan berguna menjadi investor untuk trade long term. Dengan teknik ini kita lebih mengenali sesebuah syarikat dengan terperinci serta dapat mengelak diri dari terbeli saham yang tiada perniagaan ( peny stock).

Kalo diikut teknik ini, berdasarkan penyata kewangan yang telah berlaku dan bukan jangkaan. Pengasas teknik mostly lebih kepada proof atau yang sudah berlaku dan bukan jangkaan profit. CANSLIM terdiri daripada 7 ciri dalam pemilihan saham yang yang teridiri dari perkataan itu sendiri. Jom kita lihat apa ciri-cirinya:

C = CURRENT QUATERS EPS
A = ANNUAL EARNING INCREASE
N = NEW MANAGEMENT, NEW PRODUCT , NEW HIGH
S = SUPPLY AND DEMAND
L = LEADER OR LAGGARD
I = INSTITUTIONAL SPONSORSHIP
M = MARKET DIRECTION

C means current quaters EPS yang merupakan ciri pertama dalam memilih syarikat iaitu dengan peningkatan EPS setiap quater dan perlu dibanding dengan quater yang sama tapi tahun berbeza. EPS adalah keuntungan bersih bahagi dengan share outstanding atau share issue di pasaran. Biasa banyak website yang sudah bagi data EPS dan kita tidak perlu untuk mengira.

A means annual erning increase adalah ciri kedua yang perlu dilihat adalah peningkatan annual income setiap tahun. Dalam buku beliau ada menetapkan bahawa kita mencari net margin 25% keatas untuk pastikan syarikat itu berupaya untuk meningkat pada masa hadapan.

N means new management, new product and new high merupakan ciri ketiga. Apa yang kita perlu tahu adalah syarikat tersebut ada menghasilkan produk baru seperti Iphone yang dijangka bulan 11 akan mengeluarkan iphone 13 bermaksud akan memberi kesan dengan kenaikan harga saham apple tersebut. Selain itu, perlu juga lihat new management tetapi agak sukar kerana kita perlu mengkaji individu atau mangement adakah management ini pernah ada rekod terbaik sebelum ini. Dan terakhir kita lihat New High iaitu harga tertinggi saham tersebut dan lebih kepada teknikal chart.

S means Supply and Demand adalah ciri keempat dengan melihat kepada outstanding share yang ada di pasaran. Share yang terlalu besar dalam pasaran akan menyebabkan kecairan yang tinggi tetapi volatile yang kurang manakala share outstanding yang sedikit akan memberi kesan volatile yang tinggi tetapi kecairan yang rendah. Untuk william j.o’neil lebih kepada share outstanding yang kecil atau sedikit kerana mudah kenaikan dengan cepat tetapi menghadapi risiko laju menjunam dan kurang kecairan.

L means leader or laggard meruapakan ciri kelima. Dalam setiap sektor ada syarikat yang merupakan leader dan ada syarikat laggard iaitu mengikut corak perniagaan leader dengan capital yang kecil berbanding syarikat leader capital besar.

I means institutional sponsorship adalah ciri keenam. Apa diterang disini ialah shareholder share yang dimiliki oleh jerung jerung saham (maksud pelabur2 bermodal besar seperti bank, fund mutual, syarikat besar or individu dikenali mempunyai banyak modal). Untuk memilih saham, ada baiknya pilih saham yang dibeli oleh jerung2 supaya kita dapat mengikut sekali dalam jerung tersebut tetapi perlu pastikan jerung yang baru masuk bukan kita masuk ketika jerung keluar.

M means market direction merupakan ciri yang terakhir dari teknik canslim dan merupakan ciri yang terpenting sekali kerana salah menentukan direction akan menyebabkan dari pemilihan saham mengikut 6 ciri sebelum ini akan menyebabkan 3 dari 4 saham yang dipilih akan junam. Market direction adalah pergerakan index sama ada index FBMKLCI, FBM70, FBMsmallcap, FBMEMAS atau FBM100 . sekira keseluruhan menunjuk bear market, ada baiknya kita elak dahulu dan menunggu sehingga ada signal yang jelas untuk long term cuma untuk short tiada masalah.

Sekarang kita ada faham sikit- sikit berkenaan teknik CANSLIM tapi untuk mengetahui lebih lanjut perlu dapat knowledge dari bukunya atau berlajar daripada orang yang telah mengamal teknik ini.


………………………………………………………………………………………………………………………..

Untuk bersama dengan kami, anda perlu buka akaun cds mplus melalui mulasaham. Dengan bersama kami, anda akan mempunyai banyak kelebihan seperti:
🔹Dapat ebook panduan asas pelaburan saham
🔹Video asas baca chart
🔹Video advance (Teknik Bollinger Band, MACDX, PVA dan banyak
lagi)
🔹Dapat indicator advance smarttradingsaham
🔹Dapat access premium mulasaham.com
🔹Akan dimasuk group support(telegram)
🔹Ada seisi online secara percuma (mengikut masa remisier)

https://tinyurl.com/OpenCdsMzz <<
https://tinyurl.com/OpenCdsMzz <<
https://tinyurl.com/OpenCdsMzz <<