IPO atau Initial Public Offering merupakan proses di mana syarikat menawarkan saham mereka kepada umum buat kali pertama. Pelaburan dalam IPO boleh dilakukan melalui beberapa peringkat:
- Private Placement
- Pink Form
- MITI (untuk bumiputera sahaja)
- Public – melalui online banking atau broker
Sebagai orang awam yang tidak tergolong dalam kategori sophisticated (gaji lebih RM30k sebulan) atau high net worth individual (mempunyai tunai RM1 juta), anda hanya boleh memohon IPO melalui MITI dan Public.
Berikut adalah langkah-langkah untuk melabur dalam IPO:
Langkah 1: Buka Akaun CDS
Langkah pertama ialah mempunyai akaun CDS (Central Depository System) dengan mana-mana broker, sama ada bank investment atau non-bank investment. Jika anda belum mempunyai akaun CDS, anda boleh membukanya dengan MULASAHAM.
Langkah 2: Dapatkan Nombor Akaun CDS
Selepas membuka akaun CDS, anda akan menerima nombor akaun CDS melalui email. Jika anda tidak tahu nombor ini, anda boleh mendapatkannya daripada remisier anda. Nombor CDS ini akan didaftarkan dalam online banking untuk memudahkan permohonan IPO. Bagi mereka yang membuka akaun CDS dengan M+Online, permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi M+GLOBAL.
Langkah 3: Tunggu Pengumuman IPO
Tunggu pengumuman IPO sama ada melalui surat khabar atau dari remisier yang akan memaklumkan dalam group support. Boleh semak disini.
Langkah 4: Fahami IPO yang Hendak Dimohon
Fahami setiap IPO yang ingin dimohon, atau sekurang-kurangnya ketahui perniagaan syarikat tersebut, tarikh ia akan disenaraikan di Bursa, dan harga IPO. Anda juga boleh mendapatkan penjelasan daripada remisier mengenai IPO tersebut, sama ada ia bagus untuk dimohon atau tidak.
Langkah 5: Kira Modal yang Ada
Kira modal yang anda ada untuk membeli IPO. Minimum cadangan pembelian IPO adalah sebanyak 11 lot supaya berbaloi dan anda dapat merasakan ROI setelah menolak kos jualan stok kemudian. Gunakan kalkulator untuk mengetahui jumlah lot yang dicadangkan untuk dibeli dengan modal yang ada.
Langkah 6: Mohon IPO Melalui Online Banking
Setelah berpuas hati dengan pertumbuhan syarikat tersebut dan mengetahui jumlah lot yang ingin dibeli, anda boleh memohon melalui online banking yang menawarkan IPO seperti Maybank, AmBank, Hong Leong, Public Bank atau Bank Islam. (Perubahan mungkin berlaku, seperti CIMB dan RHB yang sebelum ini boleh memohon, tetapi kini tidak lagi). Boleh lihat VIDEO untuk cara mohon IPO tru Online banking.
Langkah 7: Beli IPO pada Hari Terakhir
Beli IPO pada hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan. Membeli awal atau pada hari terakhir tidak berbeza kerana permohonan akan melalui balloting atau cabutan undian untuk menentukan siapa yang akan mendapat IPO tersebut. Balloting biasanya berlaku selepas 2 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan IPO.
Langkah 8: Tunggu Keputusan Balloting
Tunggu keputusan yang akan diumumkan pada hari balloting sama ada anda berjaya atau tidak. Jika melalui online banking, keputusan kebiasaannya diumumkan pada malam keesokan hari atau paling lewat dalam tempoh seminggu. Jika berjaya, anda hanya perlu menunggu hari IPO disenaraikan untuk bersedia menjual bagi menuai keuntungan atau menghadapi kerugian jika harga pembukaan lebih rendah daripada harga IPO (bergantung kepada kajian yang telah anda lakukan untuk ROI yang tinggi atau kerugian).
Jika tidak berjaya, jangan putus asa. Anda boleh mencuba lagi untuk IPO yang seterusnya. Kesabaran dan konsistensi adalah kunci kejayaan dalam pelaburan IPO.
Boleh buat semakan berapa kali oversubscribe di firm registra iaitu Tricor atau Malaysian issuing house
Langkah 9: Tunggu Hari Listing Untuk Jual
Hari penyenaraian saham adalah satu detik yang mendebarkan, di mana harga pembukaan bakal menentukan sama ada pelaburan anda membawa keuntungan atau kerugian. Pada hari yang dinantikan ini, bermula jam 8:30 pagi, anda boleh mula memantau harga saham melalui aplikasi M+Global atau laman web M+Online. Di sini, anda akan dapat melihat harga ‘Take Order’ (TO), yang memberi petunjuk sama ada saham tersebut akan dibuka lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO).
Pada masa ini, anda boleh membuat keputusan mengenai harga untuk menjual saham anda. Proses padanan harga akan bermula tepat pada jam 9:00 pagi. Setelah harga berjaya dipadankan dan saham anda terjual, anda perlu menunggu selama dua hari sebelum boleh membuat pengeluaran modal serta keuntungan (jika ada) ke akaun bank anda.
Nota Penting:
Bagi mereka yang merasa bimbang untuk menjual saham secara sendiri atau tidak mempunyai masa untuk memantau pasaran, anda boleh meminta remisier anda untuk menguruskan penjualan sehingga pengeluaran wang ke akaun anda.