Aktif

CARA MENGAKTIFKAN AKAUN CDS

Artikel kali ini adalah untuk sesiapa yang telah membuka atau mendaftar akaun CDS, sekiranya anda belum mendaftar anda boleh tekan link ini “Buka Akaun“.

Untuk membaca bagaimana cara ingin membuka akaun CDS anda boleh rujuk artikel kami disini “Nak tahu cara buka akaun“.

Mari kita lihat apakah langkah-langkah yang perlu dibuat selepas anda membuka akaun CDS.

Selepas anda menghantar permohonan untuk membuka akaun dengan dokumen yang lengkap anda akan menerima 4 Email dari Mplus Malacca Securities dalam tempoh 2 hingga 4 minggu untuk mengaktifkan akaun CDS anda, berserta Id dan password seperti ini:

Anda boleh lihat kami tandakan dari nombor 1 hingga 4.

  • Email 1: Sebagai makluman yang mana anda telah berjaya membuka akaun CDS beserta maklumat Remisier anda, seperti gambar dibawah.

Sekarang kami akan terangkan satu persatu apa yang tertulis dalam gamba diatas.

Client code =  Adalah kod akaun CDS anda yang digunakan sebagai identiti dalam berurusan dengan broker.

CDS Account No = ini adalah nombor akaun CDS anda (seperti nombor akaun bank anda). Kegunaannya ketika anda ingin hubungkan bersama akaun bank anda untuk pembelian IPO atau apa-apa urusan dengan bursa Malaysia.

Dealer Representative = Ialah maklumat Remisier  untuk anda rujuk sekiranya ada masalah berbangkit. Kebiasaannya Remisier akan menghubungi anda selepas anda mendaftar. 

  • Email 2  : Anda akan diberi link untuk mengaktifkan akaun tersebut. Boleh lihat gambar di bawah.

Selepas dari itu anda akan menerima pesanan seperti ini:

Langkah seterusnya anda perlu tekan link dalam Email ke 4 untuk masuk ke dalam website Mplus. Untuk mendapatkan Id anda boleh ambil di Email ke 4, manakala password pula anda boleh dapatkan di Email yang ke 3. 

Beginilah rupa website Mplus selepas anda masuk dan perlu log masuk Id beserta password pada kotak yang disediakan.

Langkah seterusnya setelah Login, anda perlu tekan petak kosong seperti dibawah.

Apabila klik “next” anda perlu tukar password baru seperti ini.

Setelah itu, anda akan dibawa ke bahagian secret answer.

Jika anda dapat masuk seperti gambar dibawah ini, bermakna anda telah berjaya mendapatkan akaun CDS anda. Dan inilah tempat bermulanya anda berjual beli dalam saham melalui broker M+Online.

Nota: Kami nasihatkan anda menggunakan Internet Explore 7.0 ke atas untuk membuka platform M+Online, kerana anda akan dapat menggunakan kesemua kemudahan yang disediakan (anda juga boleh menggunakan selain dari internet explore tetapi dengan fungsi yang terhad).