Simpan Duit

CARA DEPOSIT DUIT KE DALAM AKAUN CDS

Antara soalan yang sering ditanya kepada kami selepas seseorang membuka akaun Cds ialah, bagaimana cara menyimpan duit didalam akaun Cds. 

Sekarang kami akan tunjukkan beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan untuk menyimpan duit menggunakan laman sesawang Mplus. Untuk aplikasi pula, kami akan terangkan pada artikel yang lain. 

  1. Login id dan password  anda di laman 

https://www.mplusonline.com.my

  1. Pergi ke bahagian payment dan pilih deposit.
  1. Terdapat 2 pilihan untuk deposit duit, sama ada secara manual transfer atau secara Fpx direct transfer (lebih mudah). 

Untuk manual transfer anda boleh tetapkan berapa jumlah yang anda mahukan. Manakala secara Fpx transfer pula, minimum deposit ialah Rm 1 ribu dan maksimum ialah Rm 30 ribu. 

Selain daripada jumlah tersebut, anda perlu perlu menggunakan manual deposit.

Untuk manual deposit, anda perlu transfer  ke salah satu akaun bank Mplus di bawah ini terlebih dahulu :

  1. Maybank 0-04021-40918-1
  2. UOB 198-302-0394
  3. Public Bank 3171666534
  4. CIMB 8004758259

Atas nama “MALACCA SECURITIES SDN BHD”

Selepas anda tekan submit anda akan dibawa ke halaman ini:

Lihat nombor yang berwarna merah didalam gambar diatas dan kami perincikan dibawah.

  1. Anda boleh buat pilihan sama ada anda transfer ke “Malaca Securities Sdn Bhd” melalui cheque atau deposit cash di mesin juruwang (atm) atau direct transfer online.
  2. Masukkan tarikh anda transfer
  3. Masukkan masa anda transfer 
  4. Jumlah yang anda transfer
  5. Bank yang anda gunakan untuk transfer ke Malacca Securities sekirannya anda menggunakan direct transfer, jika anda menggunakan cheque, letakkan nama bank untuk cheque tersebut.. Untuk transfer menggunakan Atm, tidak perlu letak nama bank.
  6. Jika anda menggunakan  cheque untuk transfer.
  7. Tarikh cheque.
  8. Pilih nama bank  Malacca yang anda transfer
  9. Pilih cawangan mana yang anda deposit sekiranya menggunakan transfer cash atau cheque sahaja (untuk online tidak perlu).
  10. Muat naik bukti (resit) setelah anda transfer ke bank Malacca Secuirities

Tekan submit dan duit akan masuk ke dalam akaun cds anda selepas pengesahan dari Mplus. Atau selepas itu anda juga boleh rujuk Remisier anda.

  1. Cara kedua dan lebih mudah ialah menggunakan FPX transfer, tetapi jumlah paling rendah yang boleh dimasukkan ialah Rm 1 ribu atau maksimum sebanyak Rm 30 ribu. 

Pilih FPX Direct Transfer dan tekan submit.

Setelah itu masukkan jumlah bermula dari Rm 1 ribu sehingga Rm 30 ribu dan tekan submit

Anda akan di bawa ke laman seperti gamba dibawah ini. Kemudian pilih bank yang ingin digunakan. (pastikan bank tersebut atas nama anda atau sama nama dengan akaun cds anda dan bukan dari pihak ketiga). 

Setelah selesai, duit akan terus masuk ke dalam akaun cds anda. 

Cara ini lebih cepat berbanding cara pertama. Cara ini sesuai sekiranya anda ingin deposit duit lebih dari Rm 1 ribu dan  kurang dari Rm 30 ribu.