Deposit CDS Kurang

KENAPA DUIT DEPOSIT SAYA TIDAK SAMA DALAM ACCOUNT TRADING LIMIT DAN TRUST ACCOUNT KOSONG SELEPAS DEPOSIT KE AKAUN CDS?

Itu soalan yang biasa bermain di dalam fikiran kita untuk pertama kali selepas buat pemindahan duit dari akaun bank ke akaun cds. Sebenarnya duit tidak berkurang tetapi terdapat sebahagian untuk reserve bertujuan menampung caj (brokerage/stamp duties,clearing fee) sekira tidak mencukupi apabila anda menjual atau membeli  saham pada masa akan datang.

Untuk bahagian reseave ini, anda boleh buat pengeluaran kesemua sekali tanpa perlu tinggal sedikit selepas T+2 (tiada jual beli saham selama 2 hari).Untuk lebih jelas lagi bagaimana pengiraan reserve boleh ihat dibawah:

 

FORMULA :

(99.5% X JUMLAH DEPOSIT)-RM40 = JUMLAH TRADING LIMIT

 

JUMLAH DEPOSIT – JUMLAH TRADING LIMIT = JUMLAH RESERVE

 

CONTOH :

Katakan deposit RM1000 dari akaun bank ke akaun cds. Berapa yang ada dalam trading limit?

 

jom kita buat kira-kira  mudah.

 

(99.5% x RM1000) – 40 = RM955 (jumlah dalam trading limit)

 

RM1000 – RM955 = RM55 (jumlah reserve)

 

Selepas daripada ini, anda semua boleh dapat kesimpulan kenapa deposit kurang

HTML Snippets Powered By : XYZScripts.com
Scroll to Top