Bursa Saham

JOM BERKENALAN DENGAN SAHAM

Apa itu SAHAM?

Kebelakangan ini biasa sangat kita dengar perkataan saham.

Sehingga ada yang membayangkan apabila disebut saham akan nampak duit,
dan ada juga yang mengatakan saham itu satu penipuan, sehinggakan sebahagian mereka berkata “lebih baik fokus saham akhirat je la”.

Tetapi bukan itu yang dimaksudkan.
Yang ingin dibincangkan sekarang adalah SAHAM PELABURAN yang berada di Bursa Malaysia.

constituents Bursa Malaysia, marketplace,
Sumber : Moneycompass

Mari kita tengok apa maksud Saham

Saham ini ialah pemilikan penuh atau rakan kongsi perniagaan sama ada banyak atau sedikit.

Tetapi dalam pelaburan, maksud saham itu adalah pemilik kepada sesebuah syarikat tersebut. Sama ada dalam bahagian yang banyak ataupun sedikit. 

Sekiranya kita memiliki 100% bahagian saham dalam sesebuah syarikat, bermakna kita adalah pemilik tunggal syarikat tersebut, tetapi sekiranya kita memiliki sebahagian daripada 100% tadi, bermakna kita mempunyai rakan kongsi yang lain. 

Tetapi bukan semua syarikat di Malaysia ini tersenarai didalam bursa,

hanya syarikat tertentu yang memerlukan dana yang besar dari pelabur sahaja yang akan mohon untuk disenaraikan didalam bursa.

Untuk pengetahuan semua, syarikat yang berada dalam senarai bursa malaysia bukan semuanya syarikat yang besar dan mahal. Ada juga bermula dengan perniagaan yang kecil.

Contohnya saham MR DIY yang bermula dengan sebuah kedai perkakasan (hardware) sahaja. Tetapi kini mempunyai lebih 1000 cawangan di seluruh Asia. 

Mr DIY Group (M) Bhd says it will issue 941.49 million new and existing shares under its proposed listing on Bursa Malaysia’s Main Market. 
Sumber : New Straits Times

Anda nak jadi sebahagian daripada pemilik syarikat besar di Malaysia tetapi anda bukan anak jutawan ? jangan risau, baca dulu.

Kita ambil contoh dari syarikat gergasi Malaysia
seperti syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telahpun tersenarai didalam Bursa Malaysia.

jika kita ingin jadi sebahagian dari pemilik TNB. Maka kita perlu beli saham TNB tadi dalam Bursa Malaysia walaupun sedikit, dengan rasminya kita adalah rakan kongsi syarikat TNB. Hebat bukan ? Tapi mahal sahamnya.

Sumber : New Straits Times

Belum faham lagi ? 

Sekarang kita tengok contoh yang terang lagi jelas.

Ada seorang pemuda bernama Abu yang berniaga burger di tepi jalan dengan bermodalkan RM1000 Pada ketika itu, Pada mulanya abu cuma jual burger dengan gerai yang kecil secara bawa pulang (take away) tanpa ada sediakan kerusi meja untuk orang makan disitu. 

Lama-kelamaan Abu pun terfikir untuk menyediakan tempat yang selesa untuk pelanggannya, tetapi beliau tidak mempunyai modal yang cukup. Maka Abu pun mula menawarkan separuh pemilikan (saham) gerai burger kepada rakannya Ali dengan syarat Ali menyediakan modal sebanyak RM1000 supaya dengan modal tersebut dapat menyediakan kerusi, meja dan payung di kedai itu.

Dengan itu, pemilikan gerai burger tersebut telah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 50% untuk Abu dan 50% untuk Ali. Mereka pun berniaga Bersama-sama sehingga perniagaan mereka bertambah laris dan maju. 

Selepas beberapa tahun, kedai burger mereka mendapat sambutan yang luar biasa sehingga Abu dan Ali ingin membuka cawangan di seluruh Malaysia. Kerana kekurangan modal, mereka pun pergi ke bank untuk meminta pinjaman, tetapi permohonan mereka ditolak kerana jumlah yang diingini terlalu besar.

Bank menasihati mereka untuk melepaskan sebahagian pemilikan (saham) mereka di bursa untuk mendapat modal yang lebih besar.

Di pendekkan cerita mereka pun telah membuat kertas kerja dan permintaan mereka diterima dengan memenuhi syarat-syarat bursa, maka perniagaan Abu dan Ali disenaraikan di bursa malaysia pertama kali melalui IPO (initial public Offering).

green bus on road during daytime

Ketika itu, Abu dan Ali telah berkongsi perniagaan burger dengan ramai pelabur yang membeli IPO dan pada waktu yang sama Abu dan Ali telah mendapat modal dari pelabur melalui penjualan IPO untuk membuka cawangan diseluruh negara.

Maka, harga saham perniagaan burger tersebut akan di pengaruhi dengan perkembangan perniagaan burger serta spekulasi orang ramai di pasaran bursa malaysia.

Dari kisah diatas dapatlah kita fahami bagaimana perjalanan saham sesebuah syarikat yang berkongsi dengan orang ramai.

Dengan begitu mudah kita boleh menjadi sebahagian daripada rakan kongsi sesebuah syarikat tanpa perlu bermula dari awal, tetapi hanya dengan memiliki sebahagian saham syarikat tersebut.