Akaun Kurang

KENAPA DEPOSIT SAYA KURANG ?

Selepas anda masukkan duit ke dalam akaun CDS, perkara pertama anda mesti lakukan adalah menyemak baki. Tetapi janganlah merasa hairan kerana jumlah yang anda masukkan tidak sama dengan jumlah yang ada didalam akaun CDS anda.

Soalan berkaitan dengan kekurangan baki ini adalah soalan yang paling masyhur sekali, jadi kami akan terangkan apa sebenarnya yang berlaku.

Seperti anda maklum, Mplus ini sentiasa dikawal oleh Bursa Malaysia, tidak mudah untuk berlaku penipuan atau duit ditelan.

Untuk persoalan ini, sebenarnya duit anda tidak berkurang tetapi terdapat sebahagian yang disimpan untuk tujuan menampung caj jual beli seperti  brokerage fee, stamp duties & clearing fee sekiranya tidak mencukupi apabila anda menjual beli  saham pada masa akan datang. 

Persoalannya, adakah anda tidak boleh keluarkan duit simpanan ini sama sekali ?

jawapannya tidak. 

Sudah tentu anda boleh mengeluarkan duit itu nanti, tetapi dengan syarat anda tidak melakukan apa-apa jual beli selama 2 hari.

Untuk lebih jelas lagi bagaimana pengiraan simpanan atau reserve ini kami terangkan formulanya dibawah. 

(99.5% X JUMLAH DEPOSIT)-RM40 = JUMLAH TRADING LIMIT (jumlah yang anda boleh jual beli)

JUMLAH DEPOSIT – JUMLAH TRADING LIMIT = JUMLAH RESERVE.

Contoh : 

Katakan deposit anda Rm 1 ribu dari akaun bank ke akaun Cds. Berapa jumlah yang ada dalam trading limit ?

(99.5% x RM1000) – 40 = RM955 (jumlah dalam trading limit)

RM1000 – RM955 = RM55 (jumlah reserve)

Dengan penjelasan ini kami harap dapat menjawab persoalan anda mengapa jumlah baki didalam akaun Cds anda berkurang.